Tuesday, 14 August 2012

Renungan Kita Bersama...

Assalamualaikum...nama diberi Anis Shahirah..Nama abah ku Maswydi Bin Md Judi..Nama emak ku Faridah Binti Hussain...Sejak dari sekolah rendah lagi setiap kali penyampaian hadiah nama abahku paling susah nak sebut..Aku tidak tahu kenapa..Mungkin nama abah ku terlalu unik..hahaha...
Tapi sesungguhnya nama itu lah yang paling aku sayangi termasuk emak aku....Aku juga mempunyai 2 orang abang iaitu abang aku yang pertama adalah Kamarul Zaman.. Dan abang aku yang kedua adalah Khairul Hakimie...Mereka semualah yang sentiasa ada tatkala aku jatuh dan bangun.. 
Terima kasih Abah.. Terima kasih Emak..Terima kasih abang-abangku..

Walaupun aku ini bukan la kategori anak yang mendengar kata..akan tetapi aku tetap taat kepada kedua orang tuaku.. Kadang - kadang aku terpikir bagaimanalah suatu hari nanti Allah menarik semua apa yang aku ada...Aku rasa mungkin dunia aku akan gelap tanpa cahaya..Mereka semua Raja & Ratu hatiku..

Ada suatu hari..Aku pergi ke Majlis berbuka puasa anjuran keluarga sebelah emakku..Oleh itu kami telah menjemput Anak-anak Yatim seramai 26 orang..Aku berasa sangat tersentuh apabila meihat seorang bayi yang masih berusia 2 bulan.. Wajahnya yang comel, putih lagi mulus membuatkan hatiku sayu mengenangkan nasib bayi itu. Mengikut cerita pengasuh tersebut, bayi itu dari kalangan keluarga yang susah..ibunya tidak mampu menjaganya..Manakala ayahnya sudah melarikan diri sampai sekarang tidak tahu dimana dia berada..

Emak mengambil dan memangku bayi itu..menitis air mata seorang ibu tatkala melihat bayi itu..
Aku mula berfikir dan hatiku mula berkata.. "Bagaimanakah nasib bayi ini kelak..adakah dia menjadi orang yang berguna atau sebalik nya?? Aku berharap agar bayi ini dapat membesar dengan penuh kasih sayang dan menjadi orang yang berguna suatu masa nanti...". Semoga Allah S.W.T sucikan hati bayi ini..dan menjadi seorang insan yang bertakwa dan berguna apabila dewasa kelak...

Oleh itu, kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada..Sentiasa menyayangi ibu bapa kita selagi mereka masih ada.. Tidak perlu la kita bermegah di dunia tetapi di akhirat jiwa kita kosong... Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar..